Salam kepada semua pembaca blog ini. Dalam membaca akhbar BH hari ini mata saya terlihat perkataan Amalkan 5M dalam diet. Ingatkan 5 m tu membaca, menulis, mengarang dll. Rupanya 5 M ialah:
1. Mengurangkan gula
2. Mengurangkan garam
3. Mengurangkan minyak
4. Melebihkan buah
5. Melebihkan sayuran
- Kurangkan pengambilan gula.
- Pengambilan gula yg sederhana ialah 10 sudu teh(50 g)termasuk gula semulajadi dan gula tersembunyi.
- Gula yg dlm minuman amat berbahaya kerana gula terkumpul akan ditukar kpd lemak.ini boleh menyebabkan kita gemuk dan bolah berakhir dengan penyakit diabetes dan penyakit jantung.
- Cara mengurangkan gula ialah:
- lebihkan minum air kosong
- kurangkan kuih-muih yg manis2.
- Bila kita buat kek atau biskut kurangkan gula . Walaupun kandungan gula telah dikurangkan separuh ia tidak akan menjejaskan kualiti dan rasnya.
- Kurangkan pengambilan garam.Lebih garam boleh menyebabkan darah tinggi
- Kurangkan penggunaan minyak dengan cara elak masak gunakan minyak.
- Cuba kaedah rebus dan kukus.
- Elakkan guna santan terlalu pekat.
- Menggoreng dgn cara deep frying.
- Lebihkan makan buah.
- Gantikan pencuci mulut manis dengan buah-buahan.
- Lebihkan makan sayur
- Sayuran mengandungi serat dan dapat membantu menurunkan kolesterol.
- Banyak sayur ketika menggoreng makanan spt bee hoon goreng dsb.
* Macamni susahlah kita, sayani jenis suka makan. Kek, manisan, minum.... air yg manis. Nampaknya saya kena kurangkan. Umurpun dah nak meningkat lagi minggu depan. Yang penting sederhana dalam semua hal. Terutama bab makan dan minum.
Betullah kak...susah nak control benda2 kt atas tu bagi kita yang suke mkn ni..he he
ReplyDeleteakak pun sokong
ReplyDelete