Haritu teman sekerja nak tengok rumah yang tengah dibina bersebelahan taman perumahan yang saya tinggal. Dia ajak saya ikut. Woi....!!! menariktu saya pun teringin jalan-jalan tengok rumah. Bukan nak beli saja nak tengok.
Jadi tengahari Jumaat tu kamipun pergi. Bukan kerumah tadi yang dah nak booking , saya saja minta kawan saya tengok rumah lain dulu. Supaya boleh buat perbandingan.
Rumah keduani panjang 10 kaki extra dari rumah idamannya, harga rendah 2 ribu dari rumah pertama. Keduanya lebih kurang sama jauh ke tempat kerja.
Agaknya rumah mana jadi pilihannya?.....
Saya sokongje bab beli rumah tapi kenalah beringat:
1. Mampuke nak miliki rumah idaman tu(tengok harga rumah)
2.Mampuke nak bayar bulanan
3. Tengok sapa pemajunya takut terbengkalai nanti kita juga yang susah.
4.Pastikan pemaju ada lesen sah.
5.Bandingkan jenis pinjaman yang ditawarkan setiap bank.
6. Kena ingat yuran guaman dan duti setem.
7. Kalau nak beli rumah dah dah siap kenalah tengok nilai pasaran.
8. Ada kemampuan simpanan wang sekiranya nak bayar yuran peguam, duti setem dan wang muka.
9. Kawasan pilihan menarik, selamat, pelbagai bangsa, satu bangsa, taman yang kecil...semuanya perlu diambil kira.
Sebab nak beli rumah bukan macam nak beli baju..
Akhirnya kawanku itu memilih rumah yang extra panjang 10 kaki. Rasa-rasa perlu tukar kerjaya kepada agen hartanah la pulak.
Ada lagi pendapat bolelah utarakan supaya saya boleh tambah lagiapa yang tercatat kat atas
Tambahan: Nak beli rumah kena tengok juga leased hold atau free hold. Free hold harga rumah akan lebih mahal.
Leased hold selepas 99 tahun kena bayar sejumlah wang untuk terus memiliki harta berkenaan.
Rumah bukan untuk dijual
jika nak beli sesuatu barangan , apalagi rumah ikut kemampuan kita...ukur baju di badan sendiri yer....rumah saya kecik je..
ReplyDelete