Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday, 15 March 2010

Pelajar cuti, guru pun cuti

Salam semua yang sudi menjengah dan mengikuti blog saya.  Cuti sekolah semua orang sebuk menghadiri kenduri kahwin.  Begitu juga dengan saya. Anak buah kahwin so sibuklah juga.  Walaupun sebenarnya sibuk menjaga dan melayan keletah anak sendiri.  Anak orang lain ok je... tapi anak saya yang paling kuat melalak. Alhamdulillah majlis dah selesai bolehlah balik rumah. Tak ada orang yang tahu kalau anak saya melalak aja kalau dirumah.

Hari ini saya cuti maklumlah sekolah cuti guru pun tumpang cuti.  Cuti ni bukan saja penting untuk rehatkan minda pelajar bahkan guru perlu rehatkan minda.  Lebih -lebih lagi sekarang gelagat pelajarnya tak sama seperti waktu saya bergelar pelajar.Kalau ikut statistik ramai guru yang masuk tampoi kerana banyak tekanan berbanding kerja kerajaan yang lain.

Sebenarnya saya nak maklumkan cutini saya pun akan berehat dari mengadap blog sayani. Urusan percutian balik ke rumah mak mertuaku. Setiap cuti sekolah inilah rutin hidup semenjak berkahwin. Mereka pun tertunggu-tunggu kami balik bukan apa nak tengok cucu-cucu. Kalau dirumah mak mertua dapat internet saya akan kansel cuti mengadap blog saya. Seronok juga ada kawan-kawan maya.

Selamat bercuti semua terutama pada blogger yang berstatus guru.

2 comments:

  1. salam cikgu! Tk datang melawat saya...sekolah cuti...kita pun cuti kerja & saya cuti sakit sehingga 19.3...hanya berehat2 di rumah, tak ke mana2...sebab tak digalakkan berjalan jauh...selamat bercuti...mana kampung ni?

    ReplyDelete
  2. Sonata saya bukan balik kampung tapi balik bandar Rumah mmertua ada di fasa 2 J manjung Perak. Semoga awak sihat dan boleh kerja buka sekolahni.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails