Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Friday 21 May 2010

Kek Batik Biskut Marie


Kek batik ni buat petang Jumaat, saja nak suprise kan anak2 bila mereka balik petang nanti. mereka memang suka makan kek batikni, cuma semenjak ibu mereka sedar diri dah makin kembang lamalah tak membuatnya.


Resepini ambil dari kompilasi hidangan kek oleh Nor Aini Zakaria, tapi dah kena ubahsuai ikut suka saya...hahaha. Kononya supaya bertambah sedap...dah menjadi bahan kajian saya hingga terhasil resepi yg nak saya kongsikan ini.


Kek ini belum boleh dipotong lagi, coz masih panas. Hubby yg tolong ratakan sbb perut dah lapar...


Bahan2 diperlukan
600 g biskut mari dipatah 2 saja
250 g mentega
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
1/2  cawan gula pasir
1 cawan milo
1/4 cawan koko
2 biji telur dipukul
1 sudu teh esen vanila @ emalco coklat


Cara membuat:
1.Masukkan mentega dlm periuk. Panaskan atas api 
sederhana hingga cair. Tuang air hingga sebati.
2. Masukkan milo, koko, susu pekat manis, gula pasir 
dan emalco coklat.Kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau
 dgn pantas supaya tidak bergentel.
4. Apabila bancuhan pekat, masukkan biskut marie, 
kacau sebati dan tutup api. 
5. Masukkan kedalam bekas yg dilapik dgn plastik,
 ratakan dan padatkan. Biar sejuk dlm suhu bilik.
6. Masukkan dlm peti sejuk dan potong apabila 
telah keras.


Selamat mencuba, 1/2 jam dah siap...


Ok ni gambarnya skrg dah sejuk hehehe, akak dah boleh potong


5 comments:

  1. kak ham nak tengok yang dah potongnya mana? hehhee

    ReplyDelete
  2. betul ....nak tengok yang dh potong..akak saya pernah buat resipi ni...walaupun nampak senang tapi tak penah jadi...haha..

    ReplyDelete
  3. Anak saya suka kek ni...

    Terima kasih kerana singgah blog akak

    ReplyDelete
  4. kena tunggu sejuk baru boleh potongle cik ada berdua.. ok akak masukkan ya..

    ReplyDelete
  5. ka' kasih google adsense aj...postingannya bagus2 tuh,,,law boleh saya minta link building blognya kaka' ke website saya.

    thank sebelumnya,alhan indonesia.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails