Salam semua, semalam saya membuat sebiji kek coklat dengan menggunakan resepi baru.... Resepi ni diberi oleh adik /rakan sekerja...dan spt biasa saya mencuba resepi ini....testing sedap atau tidak..... (belum rasa lagi)...malamni baru nak boh topping sebab esok nak bawa ke sekolah.....
Kek ini berbeza dgn kek lain kerana menggunakan sedikit nescafe dan penggunaan gula perang.....
Kek ni sumber dari fendy75@myresepi.com
Inile rupa sebelum letak topping, ok juga .....
Bahan2
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawa susu segar perisa coklat
1/2 cawan air ditambah dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
Cara2
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B an masukkan sedikit demi sedikit berselang seli dgn bahan A ke dalam telur tadi
5. Bakar pada suhu 170'c selama 1 jam /masak
Selamat mencuba
MASAK ASAM PEDAS AYAM DI HARI RAYA KE 4
-
Assalamualaikum WBT
SEKEJAP aje kan dah masuk minggu ketiga bulan April. Bulan april ni tak ada
apa-apa cuti, kan.. tapi tak sabarnya nak tunggu bulan...
5 hours ago

salam kak..
ReplyDeletetd ptg Tuya cuba kek ceklat resepi akk tu..
jadik..sedap..Tuya wat setengah adunan..
ingatkan nak bawa g skolah esok..
tetengok dah ttgal separuh..
dah di settlekan si Eri...