Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Sunday 26 September 2010

Kek Coklat kukus 2


Kek ni di tempah oleh kawan, belum masuk resepi hehehe.... takut hilang lagi buku resepi ada sumber lain utk dirujuk
Tak ingat dapat kat mana resepi....rasanya kat majalah tapi saya dah ubahsuai sebab mula2 kek ni tak menjadi bila saya buat....


Bahan
100 g serbuk koko*
1 tin susu cair*
200 g minyak masak*
250 g susu pekat*
4 biji telur dipukul hingga berbuih
250 g gula kastor
200 g tepung gandum
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder

Cara


1.Campur semua bahan bertanda * dan panaskan dalam periuk dengan api perlahan tidak perlu lama
2.Mix campuran dan masukkan telur yg telah dipukul
3.Masukkan tepung dan semua bahan lain sedikit demi sedikit
4. Masukkan dalam loyang saiz 9 inci yg telah di griss
5 Kukus selama 1 jam


Selamat mencuba

Thursday 23 September 2010

Sedih, marah & geram

Sorry semua kerana tajuk n3 harini tak de kaitan dgn masakan atau famili....tapi kalau ada yg perasan beberapa hari ni tak boleh nak masuk ke blog saya kerana tiba2 pc detect ada malware..... so keluar warna merah menyala.....hohoho saya sendiri kalau visit blog orang lain kalau pc detect macam tu dengan segeranya terus pangkah keluar dari blog berkenaan....


Keduanya bila anda klik blog saya terus masuk ke laman orang lain.... marah betul rasanya.... Lebih2 lagi menjadi marah kerana saya ni tak tau sangat ttg  komputer @ internet.... just tau gunaje....geram, geram, dan marah kerana tak boleh nak buat ape....tolong hati2 dengan Jentayu .com,  


Ketiganya sedih kerana salah satu buku resepi dah hilang huhuhu.... kat mana saya dah campak ???? ke terlebih kemas haritu just buang kat tong sampah sebab buku saya tu gunakan excercise book macam budak sekolah....huaaaaa....nampaknya kena beli buku lain dan pastikan buku tu berbeza dengan buku anak2.....


Nampaknya saya kena banyak bersabar......dugaan orang lain lagi berat ................

Sunday 19 September 2010

Nasi Lemak


Beberapa hari ni asyik sarapan yg berat2....Pukul 2 baru ada jemputan ke rumah terbuka.... Takut hubby dan anak2 lapar saya masak nasi lemakni... Dah lama tak masak nasi lemak....hari ni masak nasi lemak simple je...tak de ayam goreng....yg ada dalam peti ais cuma ikan2....hehehe


Kami sekeluarga cuba berpantang sebab allergic anak tak hilang lagi....So tak dapat le nak buat sambal sotong.....huhuhu


Bahan


2 cawan beras
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 ulas bawang putih diketuk
2 helai daun pandan
sedikit garam


Cara masak seperti biasa tanak dalam periuk nasi.....
(kalau nak kurangkan lemak, santan pekat kurangkan kpd 1 cawan sahaja...)


Bahan sambal


1 mangkuk kecil bawang merah* 
2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
3/4 sudu makan cili paste
sedikit air asam jawa
sedikit garam
3 sudu makan gula/ikut suka nak sikit @ byk
sedikit minyak
1 genggam ikan bilis ditumbuk
bahan bertanda* diblender


Cara
Panaskan minyak
masukkan bahan yg diblender dan ikan bilis tumbuk, tumis hingga wangi
masukkan cili paste masak hingga naik minyak
Masukkan garam, gula dan air asam jawa
Tumis hingga masak


Sedia dihidang dengan hirisan timun, ikan bilis goreng dan telur rebus..


Selamat mencuba

Saturday 18 September 2010

Beehoon goreng



Salam semua, dah lama betul tak mengadap pc..... rindu nak bertenet dan jalan 2 ke blog kekawan...

Harini baru berkesempatan nak masukk n3 hahaha.

Masak bee hoon goreng pagini...utk sarapan pagi dan lunch sebelum pergi ke rumah terbuka....

Nampaknya lunch dan dinner hari ni di taja oleh kekawan yg buat rumah terbuka....hehehe

Ni dia bee hoon goreng sempoi utk anak2



Bahan

250 g bee hoon
sedikit fish ball
sedikit kobis
sedikit daun sup
secubit ikan bilis/ udang kering
4 biji bawang merah ditumbuk
2 biji cili api ditumbuk
1 sudu makan cili giling
1 sudu makan taucu ditumbuk
garam secukupnya
kicap secukupnya
sedikit minyak

Cara

panaskan minyak
masukkan semua bahan yg ditumbuk
apabila wangi masukkan cili goreng hingga cili masak
masukkan beehoon dan semua sayur 
masukkan kicap
boleh tambah sedikit air sejuk sekiranya perlu
Masukkan garam secukupnya

Tuesday 7 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA RAKAN SIBER...

MAAF KEBELAKANGAN INI TAK DAPAT NAK VISIT......

SAYA SIBUK BUAT BISKUT DAN KEK

UTK KAWAN2 DAN KELUARGA...

BANYAK N3 MASAKAN TAK UPDATE....

INSYAALLAH LEPAS CUTI RAYA SAYA AKAN BERSIARAN SEMULA

SAPA2 DOK BANDAR BARU MANJUNG

JEMPUT DATANG KE RUMAH ....

SEMOGA KITA SEMUA SELAMAT PERGI DAN BALIK......


Thursday 2 September 2010

Nasi Arab


Bulan Ramadhan tahun ni saya masak macam2, tapi kadang kala sibuk sampai tak sempat masuk n3.... Namun resepi kali ni saya cuba luangkan waktu utk masukkan n3... supaya lain kali boleh rujuk kat sinije...hehehe


Nampak menu ni kat Majalah Rasa.... bulan posani mudah terliur tengok resepi yg di baca...hehehe
Boleh guna tulang lembu atau kambing.. saya pilih kambing.Saya guna kepingan daging kambing utk masakan ni.
Semua suka sampai waktu sahur kena masak nasi lain sebab dah kehabisan..... walaupun saya masak lauk tawar sikit hahaha....
Saya masak nasi Arab ni berlaukkan daging kambing masak kurma..dan salad Arab...






Bahan
2 cawan  beras basmathi
200 g tulang lembu atau kambing
3 biji cili hijau dipotong - saya tak potongpun
1 biji tomato dipotong 4
Air rebusan daging 3 cawan


Bahan rempah
1 biji bawng besar dipotong halus
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 sudu teh jintan manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 sudu rempah kari
1 helai daun salam
1 biji tomato dipotong halus
2 sudu makan minyak sapi utk menumis


Cara memasak
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan rempah, tomato serta cili hijau sehingga wangi
2. Masukkan tulang kambing(telah direbus) dan kacau sebati
3. Masukkan beras dalam periuk nasi
4. Masukkan bahan2 yg telah ditumis
5. Masukkan air rebusan tulang( rebus tulang kambing dahulu)
6. Tanak sehingga nasi masak.
7. Masukkan bawang goreng dan kacang gajus


Selamat mencuba





Salad Arab


Bahan2
1/2 biji timun dipotong dadu
1/2 biji bawang besar dihiris kasar
1 biji tomato dipotong kiub
sedikit daun ketumbar dihiris
1 sudu makan jus lemon
1 sudu makan minyak zaiton


Cara memasak
1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan gaul perlahan -lahan
2. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia utk dihidangkan


Related Posts with Thumbnails