Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Saturday 22 January 2011

Kuih Abuk-abuk


Maaf kuih ni dah habis..... sapa teringin sila buat sendiri hehehe..... Sebenarnya saya buat hari Sabtu lepas... teringin sangat walaupun sedar saya sendiri yg akan makan paling banyak...


Kuih ni sepatutnya letak gula merah, cuma waktu nak menggaul baru sedar gula merah dah habis..... So saya ganti dgn gula perang. Itu yg hasilnya pucatje macam dalam gambar... Yang penting kuih dapat juga saya makan....


Sebenarnya saya buat kuih ni sebab teringat aruah emak.... Kalau ingat aruah emak biasanya  saya buat kuih ni.....sebab tahu mak memang selalu buat ... dan emak tak payah sukat,  main campak2 bahan dan rasa beberapa kali utk mendapatkan manis yg dikehendaki...


Bahan2

150 g sagu - rendam 1 jam
150 kelapa parut
5 sudu besar gula perang
secubit garam
daun pisang secukupnya


Cara
gaul semua bahan dalam mangkuk besar, rasa sedikit kalau tawar tambah lagi gula...dan balut dengan daun... kukus sehingga masak dalam 15-20 minit....

3 comments:

  1. Kak rose suka sangat kuih ni... kuih orang kampung x kisah gula apa pun asalkan sedap!

    ReplyDelete
  2. salam..
    ini kuih kegemaran mak..suka sgt buat..
    sedap dan ringkas..

    ReplyDelete
  3. Kak Rose sayapun suka sgt kuih ni.....sebab sayapun asal dr kg...

    fara dean kuih ni tak muak dan tak puas nak makan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails