Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday 31 January 2011

Ikan Masak Taucu



Assalamualaikum,


Pagi ni saya dah mula bercuti Raya Cina. Tak boleh balik kg lagi sbb sekolah agama tak cuti. Mungkin saya cutikan anak2 pada hari Rabu....hehehe.


Pagi ni boleh masukkan n3 kerana anak2 yg kecil saya hantar ke taska. Manakala abang ada kelas tambahan ganti utk hari Sabtu depan.


Woo!!!! seronok ada kat rumah  tanpa anak2 kecil.... Takde yg mengganggu ibu buat kerja yg dah lama tertangguh. Pagi tadi sempat pegi bank utk urusan koperasi sekolah...haha. Dan kemudian kat rumah buat kerja akaun.... Tak siap lagi tapi nak masak pula... Pukul 12 nak ambik semua anak dari taska dan sekolah.


Menu hari ni simpleje... masak taucu. Resepi ni saya main campak2 je. Yg penting ikan tu kena goreng dulu.... 


Nampaknya kena catat juga walau mudah, lain kali bila Haidah dah besar boleh rujuk je kat sini...


Bahan2


1 ekor ikan goreng
1 biji cili besar dihiris
1/2 biji bawang besar
2 biji bende
1/2 peket taucu
sedikit garam sekiranya perlu
sedikit minyak/ saya guna minyak zaitun
sedikit air
Cara
panaskan minyak dan tumis cili dan bawang bila layu, masukkan sedikit air, masukkan taucu dan bende. Bila dah menggelegak masukkan ikan. Kacau sebentar dan perasakan dgn garam bila perlu.

2 comments:

  1. Salam Hamsini,
    Uwaa seronokkan sesekali anak2 tak mengacau kita di dapur....bebas sikit...mmng nmpk sedap ikan masak tauchu tu....simple tapi menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. betul Yatie takde sikecil boleh buat kerja dgn cepat...hehe. Tapi sunyi pulak.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails