Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday 29 March 2010

Puding karamel pengganti kek coklat


Salam semua, harini harijadi saya dan saya juga cuti hari ini.  Bukan ambil cuti tetapi SMT Klang cuti untuk ganti Hari sukan sekolah pada  Sabtu lepas.  Entri ini bukan nak cerita tentang hari jadi saya tetapi nak cerita tentang resepi puding karamel.  Biasanya harijadi mesti ada kek.  Untuk berbeza pada hari ini saya ganti kek coklat dengan puding karamel.  Ini disebabkan anak2 saya dah jemu degan kek coklat lantaran pada tahun lepas saya asyik membuat kek coklat.  Senang cerita pelbagai resepi kek coklat saya cuba hinggakan budak2 tu dah muak. Dan biasanya diorang tak  pandang.  Hanya berebut bila dah tinggal sedikit.




Resepi puding karamel ini saya ambil dari cikgu Redhuan orang Kelantan( dah balik Kelantan ).  Pada bulan Ramadhan tahun 2002 suami saya asyik membeli puding karamel dari pasar Ramadhan di Andalas.(orang Klang mesti tahu tempat ni) Sepotong harganya RM 2.50.  Pada Ramadhan 2003 harga sepotong telah berubah RM 3.50.  Tahun berikutnya naik hampir RM 5.00.  Mak oii....mahal tu bendanya ciputje.


Kebetulan saya makan puding ni yang dibuat oleh isteri cikgu Redhuan (Yus, nama penuh dah lupa) Sedap.....Sayapun minta resepi dari dia.  Responnya lambat tak dapat2 resepi yang diminta.  Tahun 2005 saya mengandung anak ke-3, saya minta lagi resepi ni.  Dan-dan tu dia start enjin motor dan balik ambil resepi (dia warden pada masatu)Barulah saya dapat buat sendiri. Alhamdulillah dah tak payah beli dan saya tak tau harga puding karamel tu sekarang.




Resepinya simpelje...


12 biji telor gred B(NutriPlus)
4 sudu besar gula + 1/2 sudu air
(dihanguskan guna api yg kecil)
2 sudu kecil esen vanila(star brand)
1 1/2 cawan susu pekat(F&N)
2 cawan air


Cara


1. Gula dihanguskan guna api kecil dalam loyang
ketepikan dahulu....
2. Panaskan pengukus
3. Pecahkan semua telor + esen vanila + susu pekat + air
4. Kacau sebati (jgn terlebih kacau)
Letak pewarna kuning jika suka( saya tak letak pun)
5. Masukkan /tapis ke dalam loyang  
6. Kukus selama 20- 25 minit


Siap...


Terbalikkan semasa panas2


Jom jemput makan........




Selamat mencuba resepi pasti jadi

3 comments:

  1. salam.

    happy belated birthday ya cikgu. telewat sket. biasa laa...bz so tak terjenguk bloh sendiri.

    ghajin memask ek? tapi cikgu di sini tak berapa minat benda2 manis cenggitu. :)

    ReplyDelete
  2. Bendeni memang manis sebabtu jarang buat kecuali bulan Ramadhan. Memandangkan suami dan anak2 suka saya masak bila ada permintaan

    ReplyDelete
  3. mcm sedap..
    tapi tak de pengukus la pulak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails