Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Sunday 31 October 2010

Puding Laici





Nampak resepi ni dah lama, amik resepi pun dah lama ....bahan ada kat rumah cuma baru semalam saya buat puding laicini...


Rasanya memang sedap cuma kurang keras sikit...so perlu makan guna sudu...Kalau tak guna sudu potong besar sikit....


Masa saya buat ada yg saya masuk dalam acuan kecil2...dah beli lama tapi tak pernah guna.... selebihnya saya masuk dalam loyang je dan masa nak makan potong besar sikit....


Lupa nak letak gula batu so bila dipotong lama2 menjadi agak berair...Saya tak hiaspun makan begitu sajapun dah sedap...


Resepi


25 g agar2/ 1 peket
1400 l air hampir 7 cawan air
hampir 2 cawan gula &
3 ketul kecil gula batu
1 tin susu cair 
1 tin laici blender dgn airnya sekali


Cara 


1. Didihkan agar2 bersama air
2. Masukkan gula & gula batu( lupa taruk )
3. Apabila menggelegak tutup api
4. Masukkan susu dengan  laici yg telah diblender
5. Masuk dalam acuan
6. Apabila sejuk masukkan dalam peti sejuk


Cukup mudah utk dibuat, tak sampai  30 minit dah siap 


Selamat mencuba

Thursday 28 October 2010

Kek Batik my stail

Hari tu buat lagi kek batik....Nak bawa ke majlis birthday anak sedara kat Pandan Indah.... Sekarang tengah takde mood nak berbaking...Kek batik senang je nak buat... Kalini saya buat ikut stail saya je... yg penting sedap di makan....

Kena buat banyak sebab separuh adunan utk umah.....anak2 memang suka makan kek ni....

Bahan
600 g biskut marie
250 g mentega
1 tin susu pekat@3/4 tin
1 cawan air
100 g milo
2 biji telur
1 sudu emalco coklat
3 sudu makan serbuk koko

Cara
1. Cairkan mentega, masukkan 1/2 cawan air...kacau
2. Masukkan campuran susu pekat + 1/2 cawan air + milo dan koko,telur, kacau tanpa henti sehingga pekat...
3. Masukkan biskut marie kacau rata dan tutup api
4. Masukkan kedalam bekas beralas plastik, tekan rata dan sejukkan
5. Simpan dalam peti ais


Monday 25 October 2010

Cornflake Madu



Biskutni buat pagi Ahad lepas, bukan semalam haha... Nak habiskan cornflake Raya....


Sorry, gambar di tangkap semakin teruk tak taule apasal may be ada kaitan dengan bateri...(yg pasti saya memang tak reti nak adjust)


Biskut ni laku betul.....Petang Isnin dah habis......


Resepi main ingat2 je...so lupa ambil dari sape pastinya dr internet....Tq pada tuan punya resepi...senang dan sedap....cepat habis.... 


Bahan2


4 cawan cornflake
50 g butter dicairkan
1 sudu gula pasir
1/4 cawan madu
chocholate rice utk hiasan/coklat berwarna
cup kecil secukupnya


Cara2


1. Cairkan butter dan masukkan gula dan madu. Gaul sebati
2. Tuang butter yg telah dicairkan ke dalam cornflake Kacau rata dgn senduk kayu.
3. Sudukan cornflake ke dalam cup kecil dan tabur chocholte rice.
4. bakar dalam oven suhu 170' c selama 5-10 minit




Selamat mencuba

Sunday 24 October 2010

Kuih Koci


Khamis lepas, ada lebih daun pisang sayang kalau dibiarkan ...sebab daun ni saya beli....seikat RM 1.00. Teringin pulak nak buat kuih koci....


First time buat, resepi ambik kat Majalah Rasa edisi Ogos 2008. Sepatutnya kuih koci tu bubuh air pandan..tapi tak de daun pandan kat umah sayani....


Dapat 12 biji tapi daun pisang tak cukup so saya buat spt badak berendam....(yg ni saya kena habiskan sorang...huhuhu tak laku). Koci Hisyamuddin suka....


Bahan2
240 g tepung pulut
100 g kelapa parut (inti)
1/2 ketul gula kabung
500 mi santan
2 helai daun pandan / dikisar dan diambil airnya
Daun pisang secukupnya


Cara Masak inti
Cairkan gula kabung bersama kelapa parut/letak sedikit air. Masukkan 4 sudu gula pasir.
Gaul hingga rata


Cara memasak koci
1. Campurkan air pandan bersama tepung pulut dan santan, kacau rata...masukkan santan sedikit demi sedikit.sedikit garam.
2. ambil sedikit tepung dan masukkan inti yg telah dibulatkan spt guli. Bentukkan bulat letak dalam loyang berisi minyak masak.
3. Layorkan dulu daun pisang
4. Bentukkan kon pada daun pisang , letakkan tepung pulut yg telah berinti...Lipat kemas menjadi kon.
5. Masak air pada pengukus dan kukus selama 25 minit



Saturday 23 October 2010

Ikan Cencaru bakar


Salam semua, ni sebenar menu utk lunch....  Selepas balik dr kursus di sekolah masak ikan ni sebab nak cepat.


Semuanya dah kenyang...., kami suami isteri dah makan kat sekolah & anak2 makan bee hoon yg saya bekalkan pagi tadi kat nursery.... Hanis dok mengudap balance kek batik haritu...


Petang saya goreng keria dan cek mek molek tapi terlupa nak tangkap gambar huhuhu....


So juadahni kami makan utk malam... Nak buat senang je, saya bungkus dgn daun pisang...kali ni tak letak garam dan serbuk kunyit saje nak test rasanya...hahaha anak kata yg ni tak sesedap haritu....


Makan bercicah sambal kicap sempoi.... ibu depa dah malas...
Sempat le perhangat balik spy panas semula...


Kata tak sedap tapi anak2 semua makan bertambah????? Mesti ikan ni masih fresh.....


Bakar dalam kuali leperje




Tak de kunyit kurang menarik rupanya



Sambal kicap cili padi

Nasi Dagang

Buat resepi ni dah seminggu hahaha... tak sempat nak upload bizy...Dan dah semingguni orang pertama tidur setiap malam....


Kawan2 ada yg dah bertanya apasal tak masukkan resepi yg akak masak... Bukan tak masak...gambar pun ada ambil mana2 yg sempat, lebih2 lagi resepi yg first time buat....


Nasi dagang bukan first time buat, sebelumni dah pernah cuba juga cuma kali ni saya guna beras sendiri


Bahan nasi


2 cawan beras biasa
100 g beras pulut
du ulas bawang merah dicincang
1 inci halia dicincang halus
1 sudu kecil halba
700 ml santan
garam secukupnya


Cara


1. Rendam beras selama 5 jam
2. Kukus beras selama 15 minit, bilas dengan air biasa dan kukus lagi
3. Masukkan halba halia dan bawang merah ke dalam santan
4. Angkat pengukus dan tuang santan
5. Kukus semula sambil sekali sekala di kacau dan di gaul
6. Tunggu hingga nampak berkilat (dalam masa 1 jam lebih)


Lauk


Ikan tongkol masak Kari dan sayur acar timun dan ayam goreng.
Seorang kawan dari Trengganu beritahu boleh makan nasi dagang dengan ayam bakar....


Kari Ikan Tongkol 


Bahan
1 ekor ikan sederhana besar
6 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu makan air asam jawa
1 tangkai daun kaari
santan dari 1 biji kelapa
1 sudu makan cili giling
4 ulas bawang besar ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit minyak
garam secukupnya


Cara


1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daun kari
2. tumis bahan ditumbuk hingga wangi
3. masukkan cili giling dan serbuk kari ikan dibancuh dengan air
4. Apabila telah pecah minyak masukkan ikan, air asam jawa dan santan.
5. Perasakan dengan garam


Acar timun


Bahan
1/2 biji timun dihiris buang tengahnya
1/2 biji carot dipotong memanjang
2 biji bawang besar dipotong halus
2 biji cili dipotong dua dan dibelah, buang biji
sedikit minyak dan air
sedikit garam dan gula


Cara
1. Tumis bawang dan cili
2. Apabila layu masukkan carot dan timun
3. Masukkan garam dan gula secukupnya
4. Masukkan sedikit air/3 sudu makan

















Selamat mencuba

Friday 22 October 2010

Kek Batik Huda

Salam semua, dah lama saya tak update blog..... sibuk dengan kerja lebih2 lagi hujung tahun, macam2 peperiksaan berlaku kat tempat kerja...so sibuk tanda kertas....


Walau macamanapun aktiviti memasak masih diteruskan...Alhamdulillah petang ni dapat saya mencuri masa utk masukkan resepi yg saya buat petang semalam....


Resepi ni diperolehi dari cikgu Huda....Terima kasih kerana sudi kongsi resepi dengan akak.... Cara membuat saya ubah sikit supaya sesuai dengan saya... 


lagipun haritu masa catat resepi macam biasale tulis bahan je... Cara2 nak buat bukan nak salin ... perasan otakni macam dulu2 masa muda semuanya boleh ingat walau dengarje...huhu (tanda2 umur dah meningkat)


Bahan


1 peket biskut Marie @ 300 g(original)
8 biji telur ayam gred B
250 g milo
1 tin susu pekat
1 buku butter
2 1/2 sudu teh nescafe


Cara membuat


1. Telur dan susu pekat diblender
2. butter dicairkan dalam periuk dengan api perlahan
3. Masukkan telur dan susu kacau tanpa berhenti
4. Masukkan milo dan nescafe serta kacau lagi hingga pekat
5. Masukkan biskut Marie dan tutup api
6. Masukkan dalam bekas yg telah dilapik dengan plastik
7. Tekan2 adunan supaya mampat, biarkan sejuk
8. Masukkan ke dalam peti ais


saya buat separuh adunan sebab banyak sangat guna telur, tetapi masih menggunakan 300 g biskut. Sempat bagi sedikit pada Huda, nak pastikan hasilnya sama macam yg biasa dia buat... Komennya, yg saya buat tidak serangup buatannya.... Lain kali kena pastikan adunan lebih pekat sebelum masukkan biskut. 
Inilah hasilnya....



Monday 11 October 2010

Ketupat daun palas



Buat ketupat ni utk kakak pada Sabtu lepas,cuti lagi tak sempat nak masuk n3...huhhu.


Dengan daun yg abang ipar belikan dapatlah dalam 75 biji guna hampir 2 kilo pulut....


Daun 2 ikat je abang beli.... 1 malam juga utk menyiapkannya...
Pulut kena rendam dulu 5-6 jam sebelum dikukus...dalam 1 jam
Lain kali kena kukus lagi lama supaya lebih  pulut lebih lembut....


Harap2 kakak puashati dgn ketupat yg saya tolong buatni....walaupun tak teror sebab baru tahu buat dalam 2 thnni....tapi rupa masih sama....hehehe 





Friday 8 October 2010

Puding Chocolate


Salam selain membawa kek utk pot luck Hari Raya, saya juga ada mencuba resepi puding chocolate dari Lizahanum


Izinkan akak c &p resepi
Yg pasti rasanya memang sedap..... Tq  share resepi, rupa lain sikit kot sebab tak baca instruction betul2.


Bahan-Bahan: 
30 g agar-agar (direndam dan ditoskan)-dpt 2 loyang besar
5 cawan air mendidih
1½ cawan gula pasir
1 cawan susu sejat 
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar serbuk koko-dibancuh dgn ½ cawan air panas
2 butir putih telur (dipukul hingga kental) - saya masukkan semua telur merah  & putih..... hahaha baca tak habis, but still sedap.


- saya tambah juga gula batu
Cara: 



  1. Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih. Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu.
  2. Masukkan gula dan kacau hingga hancur.
  3. Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya.
  4. Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata. Angkat periuk dari api. Tapiskan campuran itu dengan penapis.
  5. Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata. Masukkan pula putih telur, kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan.
  6. Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk.

Kek coklat & hiasan






Salam semua, hari ni saya nak masukkan gambar kek yg dah siap letak topping....dan dah di hias......Untuk rujukan dilain kali ..... 


Kek dah tinggal separuh sebab dah bawa kat sekolah...cikgu2 lelaki bilik guru kami nak juga buat pot luck hari ni... Alhamdulillah semua beri kerjasama....


Tengahari ni tak lunch sebab dah kenyang....Untuk lunch hubby saya bawa balik nasi minyak..... kiranya hari ni gantung periuk sebab malam ni dapat 2 jemputan rumah terbuka.....( tapi esok syawal dah habis??????)


Nampaknya lepasni kena diet balik huhuhu.....












Thursday 7 October 2010

kek Coklat Nescafe

Salam semua, semalam saya membuat sebiji kek coklat dengan menggunakan resepi baru.... Resepi ni diberi oleh adik /rakan sekerja...dan spt biasa saya mencuba resepi ini....testing sedap atau tidak..... (belum rasa lagi)...malamni baru nak boh topping sebab esok nak bawa ke sekolah.....


Kek ini berbeza dgn kek lain kerana menggunakan sedikit nescafe dan penggunaan gula perang.....


Kek ni sumber dari fendy75@myresepi.com






Inile rupa sebelum letak topping, ok juga .....


Bahan2


2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan gula perang


Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawa susu segar perisa coklat
1/2 cawan air ditambah dgn 2 sudu kecil nescafe


Bahan B
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum


Cara2
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B an masukkan sedikit demi sedikit berselang seli dgn bahan A ke dalam telur tadi
5. Bakar pada suhu 170'c selama 1 jam /masak


Selamat mencuba

Wednesday 6 October 2010

Pulut kukus



Bahan


2 kg pulut
3 cawan pati santan
4 sudu teh garam
sedikit daun pisang dan pandan


Cara


Rendam pulut selama 6 jam
Panaskan pengukus,
masukkan daun pandan dlm air di pengukus
apabila mendidih, kukus santan
selepas 20 minit masukkan santan
Kukus semula hingga masak


Saya masak pulut sebab akak order ketupat daun palas utk hari sabtuni......

Kek coklat & ganache





Kek coklat yg dibuat petang tadi,ditempah oleh Zila untuk birthday mentornya.... Bertuah betul mentor dapat mentee begini.


Pening juga nak menghias, akhirnya dpt idea spt dlm gambar....hopefully Zila suka dgn decoration ni...... 


resepi dah tulis sebelumni......


Ganache


1 cawan susu cair
240 g coklat masakan
1 sudu makan margerin


panaskan susu dan masukkan coklat & margerin, kacau hingga coklat cair....


Hiasan


coklat rice dan dark cocholate.... 

Monday 4 October 2010

RM280.00


Salam semua,itulah tajuk n3 yg saya pilih hari ini, jumlahnya tidak banyak bagi segelintir orang tapi jumlah ini besar maknanya untuk seorang anak yg baru berusia 8 tahun..... 


Sanggup tidak menghabiskan duit belanja sekolah demi untuk menabung tapi ada manusia tidak berhati perut sanggup panjang tangan......


Inilah bahana rumah terbuka....memang terbuka utk berdepan dengan manusia yg tidak kenal halal haram.....duit raya plus duit tabungan  anak saya pun dikebas sewaktu saya buat rumah terbuka baru2 ini.....


Sayu melihat anak menangis tersedu2 sambil dipeluk oleh hubby apabila kami mendapat tahu duitnya telah hilang.. Budak kecil sentiasa ingat semua orang baik..... selama ini duit berkenaan di letak di atas almari buku dibiliknya.....bila ada yg berpeluang sanggup mengambilnya....


Kami sekeluarga tidak halalkan duit berkenaan sampai bila2 tak kisahle sape ambil....kami buat rumah terbuka bukan bererti boleh ambil sesuka hati....


Mungkin ini kelalaian kami, tapi kalau tidak ada manusia yg berhati busuk gerenti duit itu tidak akan hilang walaupun kami letak di ruang tamu....yg pastinya ini kerja orang dewasa bukan bukan kanak2......


Sabarle anakku nanti ayah ganti duit yang hilang, semoga anakku tahu realiti kehidupan dan menjadi lebih bijaksana utk menempuh kehidupan mendatang....


Lebih berhati2 walaupun dengan saudara mara sendiri.......  

Sunday 3 October 2010

Menu rumah terbuka 2010



Salam semua...dah lama tak update...blog sebab bizy .... Hari ni bukan nak masukkan resepi...just nak catat menu rumah terbuka yg di adakan Sabtu semalam.....Untuk ingatan di lain kali...(serik buku resepi hilang....)


Menu...


1. Nasi impit kiub
- 4 bungkus x 30  kiub = 120 kiub
- masak sekejapje selama 1 jam dah cukup
- cukup 1 periuk paling besar kat rumah


2. Ketupat daun palas
-1.2 kg pulut menghasilkan 70 bungkus ketupat yg comel2...
-1 cawan pati santan + garam


3. Rendang daging
- menggunakan 6 kg daging 
- bawang besar 1 kg
-bawang kecil 1 kg
- serai 1/2 kg
- 2 ketul halia
-200 g cili kering


4. Laksa penang
- 5 kg ikan kembung
- 100 g cili kering @ lebih jika nak lagi pedas
- 6 kg laksa basah, next time tambah 1 kg lagi
-1/2 kg serai
- 40 biji telur di belah 4, next time 30 biji telur dah cukup
- 1 kg cili merah nex time 1/2 kg
- 8 biji timun 
- 1/2 kg bawang besar 


5. Roti jala
- 2 kg, tak cukup ramai yg suka, nex time 4 kg
- kuah kari perlukan 1.5 kg daging
- 1.5 kg kentang
- santan ???? kena tanya kak up


6. Nasi goreng kampung
-7 cawan beras, 2 x masak guna rice cooker kat umah
- 1 genggam cili api
- 150 g ikan bilis di tumbuk @ 1 lesung batu
- 1 ikat kacang panjang
-300 g ayam didadu
-muat 1 bekas nasi
-Masih panas sampai kepetang 
( nasi goreng pun ada peminatnya....)


7. Agar2 resepi normi
- 2 bungkus agar
- 2 tin susu cair
-14 cawan air
-5 cawan gula
-6 keping roti
-menghasilkan 60 ++ bekas


8. Buah duku langsat
- 10 kg
(lebih senang berbanding tembikai, tak takut rosak spt tahun2 sebelumni)


9. Kek coklat
- 2 biji tak cukup ramai yg suka, depa ambil bukan sepotong tapi berpotong2
-next time buat 5 biji baru cukup kot....


10. 200 Pinggan dan mangkuk  next time tambah 50 lagi
- 250 cawan
- sudu garfu cukup 200 je
- 4 bungkus lap tangan
-1 bungkus tuala goodmorning


11.Biskut2 tak perlu banyak asal ade dalam 3 jenis


12. Air
- 2 dozen air gas 1.5 liter
-2 kampit ais yg besar
-6 botol 1.5 liter air mineral
(peringatan...perlu tambah air kosong sewaktu membancuh)

Related Posts with Thumbnails