Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Tuesday, 19 January 2010

Catatan Hati Nik Nur Madihah

Semalam ada hari membaca,
Kawan saya Fida dapat hadiah buku motivasi
 sebab dapat menang kategori guru yang banyak membaca masa cuti. 
So...request pada dia bawakan buku yang lebih menjurus pada motivasi.
 Harini dia bawa 3 buah buku.
 Salah satuye bukuni...




Tadi balik ....terus spent  sikit masa untuk baca
pendekje 126 ms saja

Bagus juga isinya, kita boleh ikut cara dia belajar
atau untuk anak2 atau untuk pengetahuan anak murid

Buku ini ditulis oleh Ummu Hani abu Hassan
Cerita tentang  Nik Nur Madihah Nik Mohd kamal pelajar yang dapat 20 A SPM 2008
(19 A1 dan 1 A2)

latarbelakang
Dia bukanlah orang senang
ayah nelayan
mak surirumah
sikap dia yang paling best....
 dia tak nak menyakitkan hati maknya
tak macam anak-anak muridku.....
bukuni elok bebudaktu baca


Banyak doa dia sebelum belajar
1. Baca bismillah...
2.baca Ayat Fatihah
3. Doa penerang hati
4.Doa pembuka Ilmu Pengetahuan
5. Membaca Ayat Kursi
6. Baca Ayat 1000 Dinar

Enamtu...., beza kita cuma baca Bismillah dan Doa penerang hati
Sebabtu keputusan periksapun banyak beza


Daripada bukuni saya dapati....
 beliau juga rajin puasa sunat Isnin dan Khamis
Madihah dah buat dari dia darjah 6 lagi waktu nak UPSR
Rajin solat sunat pada sebelah malam
 contohnya Solat Tahajud, Hajat, Witir
Solat Sunat Dhuhapun dia buat
Solat Fardhu cepatje dia buat..takde la lewat atau .....
terus tak buat
Oh...beza betul dengan anak 2 muridku
Contohilah gaya hidup Madihah supaya berkat ilmu dipelajari

Diapun ingat nama semua guru yang pernah mengajarnya,
 bersikap baik, tidak menyakitkan hati
bertanya khabar gurunya

Dia kalau ada masalah tidak mengadu dengan kawan ataupun nangis
sebaliknya dia mengadu dengan Allah waktu sembahyang malam
Pernah menyalin kamus bersama ibunya untuk jimat duit supaya tak payah beli..
Fikir - fikirla sendiri bezanya dia dengan kita
Ohya!.... ibu dia temankan waktu dia dan adik2nya membaca

Emaknya jarang menyuruh Madihah membaca,
perbuatannya selama ini terbit dari dalam dirinya


Sifat Pelajar Cemerlang

1. Menjaga hubungan dengan Allah
2.Menjaga hubungan degan manusia
3. Mengutamakan pelajaran
4. Meningkatkan kemahiran diri dan
5. Prinsip diri

Bacalah buku ini,
ia dapat menambah ilmu pengetahuan
bagaimana menjadi pelajar cemerlang. 
Boleh jadi rujukan ibubapa, guru ataupun pelajar

-timbul semangat lepas baca bukuni-

Kalau nak berjaya kena berusaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails