Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Friday 29 January 2010

Puding Roti



Khamis lepas  kami pelan buat potluck
cadang nak buat puding roti
sebab belum pernah buat sebelumni
bila search di internet lagi pening
macam-macam cara dan resepi saya jumpa
akhirnya jumpa yang agak mudah
dan saya permudahkan lagi sebab kuantiti terlalu banyak
tak muat bekas yang ada kat rumah


ni rupanya yang dah dipotong
kalau nak manis tambah lagi gula


resepinya

1 tin susu cair 400g
1 buku roti
2 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
4 sudu besar margerin

 
Cara membuatnya

1. Panaskan oven 180 darjah celcius
2. masukkan susu cair + telur 2 biji +gula dlm mangkuk besar
kacau hingga sebati/gula cair
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan roti dan siatkannya kpd 4 bhgn
5. Ulang masukkan roti hingga tiada air dlm mangkuk
6. Biar seketika/roti kembang
7. Gris bekas pembakar (seeloknya yg empat segi)
8. Tuang adunan dan ratakanpermukaan
9. taburkan margerin
10. Bakar selama 30-40 minit.(masak)
Hias dgn kismis jika suka



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails