Hari ini, ada berita yang hendak diberitakan - soal anak dibuang ke longkang oleh manusia yang hidup,membesar dan dididik dalam masyarakat longkang. Hari ini ada perniagaan yang hendak diniagakan - buat anak, jual anak, ibarat buat sardin, jual sardin. Hari ini ada cerita yang hendak diceritakan - soal tidur -siang tidur, petang tidur, malam tidur, kerja tidur, memandupun tidur
antara bait-bait puisi yang saya baca dalam BH 2 Jan.
Di sana
Di sana ku dilahirkan
Di sana ku dibesarkan
Di sana ku mengenal diriku
Di sana ku mengenal dunia
Di sana memori bermula
Di sana penuh memori suka duka
Di sana kini tinggal kesepian, semua telah keluar
Di sana hanya ada kenangan sebuah keluarga yang ku kasihi selamanya
Nukilan 12 jan 2010
Guruku
Guru
Siapalah aku tanpamu
Banyak ilmu telah kau perturunkan padaku
Dada yang dulu kosong kini dipenuhi ilmu
Nombor dan huruf mula menjadi sebutan
Guru
Kini ku mampu membaca dan mengira
Boleh mengaji dan mengenal penciptaNya
Berkat usahamu tanpa lelah dan kecewa
Kini muridmu telah Berjaya
Guru
Kini ku berani menghadapi dunia
Terima kasih yang tak terhingga buatmu
Ini saja yang mampu ku ucapkan
Buat semua yang pernah menjadi guruku
Nukilan 12 Jan 2010
SARAPAN TOSEI RAWA & TELUR PINDANG ANGAH
-
Assalamualaikum WBT
SEJAK malam tadi, dah berjanji dengan Pak Inche, pagi ni nak bersarapan di
Restoran Thoufeeq sahaja. Malas nak sediakan sarapan ta...
17 hours ago
No comments:
Post a Comment