Bahan-bahan
1/2 kg daging arnab
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
6 batang serai
1 inci halia
4 sudu besar cili giling
(letak lebih kalau nak pedas)
1 /2 cawan kerisik
sehelai daun kunyit di potong halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
1 mangkuk santan pekat
garam secukup rasa
1 /2 cawan minyak
Cara membuatnya
1. Masukkan minyak dalam kuali
2. masukkan bawang merah, bawang putih, halia,serai yg telah ditumbuk/blender
3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih dan jintan manis
4. Apabila wangi masukkan cili dan tumis hingga naik minyak
5. Masukkan daging dan kacau rata
6.Apabila daging separa masak masukkan santan dan biar menggelegak seketika
6. Masukkan kerisik, daun kunyit dan garam
7. Biar seketika supaya kuah menjadi pekat
8. angkat dan hidangkan
(boleh dimakan bersama nasi / roti cicah kuah rendang)
No comments:
Post a Comment