1.
Tatkala aku jauh membawa diri
Baru kini aku sedari
Betapa hati ini jauh dari Ilahi
Kasih dan cinta yang patut aku kecapi
Tonggak Iman mudah goyah
Menjaganya tak mudah tetapi payah
Mampukah diri ini hanya berserah
Agar cintaku sentiasa mekar dan indah
2.
Salam buat cikgu tersayang
Sepanjang kita bersama dan berjuang
Cikgu sentiasa bersedia setiap kali saya bertanya soalan
Waktu rehat, waktu terluang dan waktu pulang
tak pernah jemu menerima saya dengan senyuman
Untuk membimbing saya yang kedangkalan ilmu pengetahuan
Sebagai manusia biasa saya akui saya banyak kekurangan
Kadangkala saya melakukan kesilapan
Seringkali berlaku kecuaian
tapi cikgu tak pernah letih membetulkan
Yang salah cikgu tunjukkan
Yang tak betul cikgu tegurkan
Khabar saya selalu cikgu tanyakan
Besarnya jasa dan pengorbanan yang cikgu curahkan
tak terbalas dengan wang ringgit mahupun emas segantang
Hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan
Cikgu, dirimu tak mungkin ada gantian!
Andai ada kesilapan yang melukakan
dan mengguris perasaan
Sepuluh jari saya hulurkan, pohon kemaafan
Ketahuilah saya tak pernah sengaja melakukan
Mungkin saya sendiri yang kelalaian atau kealpaan
Memang fitrah kita sebagai insan
Jutaan terimakasih saya ucapkan
Atas segala tunjuk ajar dan penat lelah yang cikgu berikan
Bagi melihat saya menggapai kejayaan
Perjuangan ini baru bermula
Doakan saya terus gagah berusaha
dan tak kenal erti putus asa
kuat tabah walau apa yang menimpa
kerana hidup ini cuma sementara
akhirat jualah yang abadi untuk selamanya
saya sayan cikgu!!
Madihah 31 Mac 2009
No comments:
Post a Comment