skip to main |
skip to sidebar
Apam Berinti
Salam semua, harinipun saya buat apam juga. Bukan ape saja nak tau mana satu yang lebih sedap.... Pendapat anak pagini punya lebih sedap. Mungkin apam pagini lebih manis daripada apam semalam...
Sepatutnya rupanya pink bukan hijau, tapi semalam dah kaler pink tu yg harini tukar warna lain.... Resepini dapat setelah membelek majalah rasa Bulan Mei 2009. Resepi hampir sama dengan semalam cuma takde letak baking powder. Khuatir juga kalau tak naik.
Hasilnya apam tu naik cuma tak kembang, mungkin api pengukus terlalu perlahan atau perlu letak baking powder???? Baru apam tu kembang cantik macam dalam gambar di majalah.
Macamanapun rasanya sedap...., sepatutnya intinya filing lemon, oleh kerana takde saya ganti dengan filing bluberry dan jem. Lain kali saya tak letak jem sebab hasilnya terlalu manis...
Saya masukkan apam dalam bekas apam dan ada yang letak dalam acuan muffin....
Bahan2
3 biji telur ( lain kali saya guna gred b)
200 g tepung gandum
250 g gula kastor
1 sudu teh ovelette
150 ml aiskrim soda
pewarna hijau
filling secukupnya ( saya guna bluberry)
1 penutup esen vanila
Cara masak
1. Telur, gula esen dan ovelette di pukul hingga kembang(putih).
2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung beserta aiskrim soda.
3. Bahagikan adunan ikut suka berapa banyak (warnakan salah satu)
4. Paipkan adunan putih, isi dengan filling dan tutup semula. letak adunan hijau utk hiasan di atas.
5. Kukus 15 minit/masak
Selamat mencuba....
salam hamsini
ReplyDeletepatut laa ajak tukauu bekfes..sama2 buat apom rupenya..layanzzz....njummy..
apamni memang sedap...sampai pmalam masih gebu...
ReplyDelete