Salam semua, apam ni projek pukul 6 pagi tadi, cuma boleh masuk n3 sekarang sebab baby Hanis tengah tidur...
Resepini dari umah www.jintanmanis.com, akak C& p resepi nya tq.
Resepinya
Bahan-bahanya
150gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
120ml air mitsuya cider ( boleh ganti dengan air aiskrim soda atau 7up)- saya guna aiskrim soda
50gram gula
beberapa titik esen vanila
beberapa titik pewarna merah (ros guna sirap)
1/2 sudu kecil ovalette
Cara-caranya
1. Panaskan kukus, ayak tepung gandum bersama baking powder dan pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan air soda, masa ni jangan guna mixer, guna sudu atau spatula sahaja.
3. Ambil sedikit lebih kurang satu senduk, adunan tadi dan warnakan dengan warna merah, selebihnya biarkan warna asal, cedokkan adunan asal dengan sudu dan isikan sehingga 3/4 acuan, kemudian ambil 1/2 sudu kecil adunan berwarna merah dan letakkan atas adunan warna asal tadi.
4. Kukus selama 8 minit, dengan api sederhana, angkat dan keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
Pagini, saya guna aiskrim soda next time, nak guna 7-up pulak...
Yang suka apamni abangje....harini hubbby takde so tak tau sama ada dia akan suka tak dengan rasa apamni...yang pastinya utk membuat cukup mudah ...cuma kena rajin sikit hehehe
salam. warna apam nih menyerlah betul..geram mcm nak terkam..
ReplyDeletewarnanya takdelah terang sgt..tapi bila dlm gambar lain pula rupanya...
ReplyDelete