skip to main |
skip to sidebar
Lemon Yoghurt Muffin
Semalam waktu menyelongkar peti ais baru perasan yoghurt dah nak expired...sebelum habis waktu kenalah saya bertindak dulu...So semalam petang sambil nak masak utk makan malam saya pun mencuba resepi muffin ni...
Sempatle saya skodeng dapur kak ummi utk resepi muffin dengan yoghurt, nasib baik ada lemon kat rumah so dapatle membuat muffin dengan bahan yg lengkap..resepi kat sini.Thanks kak ummi...
Ini dia, muffin yg telah ditogelkan, tak taule same dak dengan hasil yg kak ummi buat..Letak sikit hiasan gula bentuk loveni...konon supaya nampak lebih cantik...tapi menyesal pulak sebab baby Hanis makan muffin sikitje selebihnya nak makan gulani je...nasib baik ade orang nak habiskan muffin yg dah takde hiasan...hehehe nasib baik bukan saya yg jadi mangsa..
Oh saya buat lebih daripada kak ummi sebab bila saya timbang ada 350 g yoghurt so ni resepi yg saya buat ....
bahan2
350 g tepung kek
3 tsp baking powder
6 tsp lemon juice / separuh lemon
350 g yoghurt
175 g gula kastor
180 g mentega
3 biji telur
3 sudu orange paste
Cara
1.Panaskan oven suhu 175'c
2.Panaskan butter dengan api yg kecil, apabila 80% cair masukkan gula, dan gaul sebentar terus tutup api.ketepikan
3. ayakkan tepung dan baking powder kedalam mangkuk.
4. Masukkan telur, juice lemon, yorghurt dan orange paste kedalam butter yg telah cair, kacau sebentar hingga sebati.
5. Masukkan butter tersebut kedalam mangkuk tepung dan kacau sebati dengan segera/ jangan lama2 kacau..
6. Masukkan adunan kedalam cawan muffin 3/4 penuh, bakar dalam oven 25 minit @ hingga masak bergantung kepada oven masing2.
Selamat mencuba...
Salam Hamsini,
ReplyDeleteRajinnya memuffin...lepas cokelat strawberry, pastu oren plak...sikit boleh....
Saya masih blum sempat lagi nak wat muffin nih...
salam rosidah buat muffin ni kejap je, lagipun nak habiskan stok2 yg ade, kalau tak dibuat muffin nanti expired rugi....
ReplyDelete