Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Friday 29 January 2010

Gurukah Aku atau...?

Buku ini di tulis oleh seorang pesara guru
Walau dah bersara beliau masih aktif memberi ceramah motivasi kepada guru
Buku ini dapat menjadi panduan kepada seorang guru
Misalnya....

1. Pelajar tidak suka guru yang marah-marah tak tentu pasal
2. Pujian ikhlas perlu diberi kpd pelajar
3. Guru harus bersikap penyabar
4. Pelajar tidak berani hendak mempermainkan guru yang tegas
5.Pelajar kurang hormat guru yang ambil mudah
6.Guru perlu peka aduan pelajar
7. Guru harus memastikan pelajarnya berdisiplin
8. Pelajar seronok jika guru percaya padanya
9.Guru perlu mesra dgn pelajar
10.Tidak salah guru memberi salam dahulu kpd pelajar.
11. Guru adalah contoh kpd pelajar
12. Kejutkan pelajar yang tidur semasa guru mengajar
13.Jangan memberi gelaran yang buruk kpd pelajar
14. Soalan yang diberi guru perlu dijawab pelajar (cuba pelbagai cara supaya pelajar akan menjawabnya)
15.Guru perlu ada sifat simpati dan empati
16. Apabila guru menyayangi pelajar, Insyaallah pelajar juga akan sayang pada guru
17.Guru yang ada banyak maklumat memberi makna kpd pelajarnya
18.Jangan merajuk dan tinggalkan kelas
19.Guru perlu serius dalam tugas
20 Guru perlu bersikap positif

Itulah antara  yang dapat saya kongsi
kalau baca sendiri lebih seronok
Buku ini ditulis oleh
Cikgu Norbi Husin

Puding Roti



Khamis lepas  kami pelan buat potluck
cadang nak buat puding roti
sebab belum pernah buat sebelumni
bila search di internet lagi pening
macam-macam cara dan resepi saya jumpa
akhirnya jumpa yang agak mudah
dan saya permudahkan lagi sebab kuantiti terlalu banyak
tak muat bekas yang ada kat rumah


ni rupanya yang dah dipotong
kalau nak manis tambah lagi gula


resepinya

1 tin susu cair 400g
1 buku roti
2 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
4 sudu besar margerin

 
Cara membuatnya

1. Panaskan oven 180 darjah celcius
2. masukkan susu cair + telur 2 biji +gula dlm mangkuk besar
kacau hingga sebati/gula cair
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan roti dan siatkannya kpd 4 bhgn
5. Ulang masukkan roti hingga tiada air dlm mangkuk
6. Biar seketika/roti kembang
7. Gris bekas pembakar (seeloknya yg empat segi)
8. Tuang adunan dan ratakanpermukaan
9. taburkan margerin
10. Bakar selama 30-40 minit.(masak)
Hias dgn kismis jika suka



Tuesday 26 January 2010

Sajak dari buku Catatan Hati Nik Nur Madihah

1.
Tatkala aku jauh membawa diri
Baru kini aku sedari
Betapa hati ini jauh dari Ilahi
Kasih dan cinta yang patut aku kecapi

Tonggak Iman mudah goyah
Menjaganya tak mudah tetapi payah
Mampukah diri ini hanya berserah
Agar cintaku sentiasa mekar dan indah


2.
Salam buat cikgu tersayang
Sepanjang kita bersama dan berjuang
Cikgu sentiasa bersedia setiap kali saya bertanya soalan
Waktu rehat, waktu terluang dan waktu pulang
tak pernah jemu menerima saya dengan senyuman
Untuk membimbing saya yang kedangkalan ilmu pengetahuan

Sebagai manusia biasa saya akui saya banyak kekurangan
Kadangkala saya melakukan kesilapan
Seringkali berlaku kecuaian
tapi cikgu tak pernah letih membetulkan
Yang salah cikgu tunjukkan
Yang tak betul cikgu tegurkan
Khabar saya selalu cikgu tanyakan
Besarnya jasa dan pengorbanan yang cikgu curahkan
tak terbalas dengan wang ringgit mahupun emas segantang
Hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan

Cikgu, dirimu tak mungkin ada gantian!
Andai ada kesilapan yang melukakan
dan mengguris perasaan
Sepuluh jari saya hulurkan, pohon kemaafan
Ketahuilah saya tak pernah sengaja melakukan
Mungkin saya sendiri yang kelalaian atau kealpaan
Memang fitrah kita sebagai insan
Jutaan terimakasih saya ucapkan
Atas segala tunjuk ajar dan penat lelah yang cikgu berikan
Bagi melihat saya menggapai kejayaan

Perjuangan ini baru bermula
Doakan saya terus gagah berusaha
dan tak kenal erti putus asa
kuat tabah walau apa yang menimpa
kerana hidup ini cuma sementara
akhirat jualah yang abadi untuk selamanya
saya sayan cikgu!!

Madihah 31 Mac 2009


Sunday 24 January 2010

Rendang Arnab



Bahan-bahan

1/2 kg daging arnab
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
6 batang serai
1 inci halia
4 sudu besar cili giling
 (letak lebih  kalau nak pedas)
1 /2 cawan kerisik
sehelai daun kunyit di potong halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
1 mangkuk santan pekat
garam secukup rasa
1 /2 cawan minyak






Cara membuatnya

1. Masukkan minyak dalam kuali

2. masukkan bawang merah, bawang putih, halia,serai yg telah ditumbuk/blender

3. Masukkan  serbuk ketumbar, jintan putih dan jintan manis

4. Apabila wangi masukkan cili dan tumis hingga naik minyak

5. Masukkan daging dan kacau rata

6.Apabila daging separa masak masukkan santan dan biar menggelegak seketika

6. Masukkan kerisik, daun kunyit dan garam

7. Biar seketika supaya kuah menjadi pekat

8. angkat dan hidangkan

(boleh dimakan bersama nasi / roti cicah kuah  rendang)

 


Saturday 23 January 2010

Pizza simple




Bahan-bahan

1 keping pizza base (boleh didapati dipasaraya)
Sos  spageti jenama pregio
 3 biji cendawan butang dlm tin
 1 batang sausage diameter besar(kecilpun takpe)
1/2 biji cili capsicum potong memanjang
chedder cheese berpotong(ikut suka)
mozzarella berpotong(ikut suka)
1/3 tuna dalam tin
serbuk herba oregano

Cara membuatnya.
1. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 15 minit
2. Letak base pizza dlm dulang pembakar
3. Sapu rata dgn sos jenama pregio
4. Tabur chedder chesee
5. Tabur tuna dan oregano
6. Taburkan cendawan butang
7. Tabur capsicum
8. Taburkan mozzarella
9. Tabur sausage (potong bulat)
10. Bakar dalam oven selama 18 minit




sedia untuk dinikmati panas-panas




anak-anak saya teruja nak cuba makan dah tak payah ke Pizzah Hut

Wednesday 20 January 2010

Sup Ayam berkobis


..arini balik lambat lagi
ambik anak dua orang kat nursery dulu
kami sempat juga ke pasar malam(kami selalu pegi ptg)
beli ayam sbb anak request


Hanis demam lagi hari ini...
 tetap kena masak sbb tadi tengok bende sama je yg dijual
yg penting beli jagung ini juga  request dari anak




akhirnya  saya mula masak bila dua org lagi anak saya
balik  dari sekolah
so menu harini sup dan juga ayam goreng
ayam goreng saya biasa takde yang special.....
cuma sup saja yang saya nak kongsi menu

seperti biasa saya letak sayur spy bebudaktu
makan sayur....
kalau takpun menghirup zat
yg dah meresap kat dlm kuahya...






bahan-bahannya


1 mangkuk tulang ayam dan sedikit daging ayam
1 mangkuk kobis potong (ikut suka)
1sudu teh lada hitam ditumbuk
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 keping kayu manis
2 sudu makan bawang blender @
3ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
garam secukup rasa
gula 2 sudu teh
air 2 liter(agak-agak)
2 sudu makan minyak masak
 daun sup



Cara membuatnya


1. Masukkan minyak
2. terus masukkan bawang blender,
bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga
bila dah wangi ....
masukkan lada hitam
3. masukkan ayam
kacau sehingga naik bau/ayam separa masak
4. masukkan air
5.masukkan serai dan halia
6. biar menggelegak masukkan garam dan gula (ikut selera)
7.masukkan daun sup, kacau dan tutup api


Boleh siap dalam tak sampai 20 minit


(organ dalaman pun boleh masukkan sekali)

Tuesday 19 January 2010

Ikan bakar

susah juga kalau hari-hari kena masak
dahle balik penat
masa pun suntuk
alhamdulillah dapat hubby yang tak kisah
kalau hanya ada 1laukje dengan 1sayur

jadi sering timbul idea utk masak ringkas dan
dpt diterima tekak keluarga

masakan ini dah beberapa kali saya buat
sebab semua suka
yang paling penting
kena pastikan ikannya fresh...
mata jernih lagi bukan dah merah

satu lagi kena ada sambal kicap cili api

senangje cara buat...
bersihkan ikan(kami beli ikan yang dah siang)
lumur kunyit dan garam
letak atas kuali leper



saya letak atas penutup periuk lama
(periukni pemberian mak mertua masa baru kawin)
periuknya dah buang...
 tapi penutup saya simpan lagi
guna utk bakar ikan




saya dapat idea...
selepas saya buang tempat pembakar yang saya dah beli...
tapi tak puas hati dengan performance bendetu

saya bubuh minyak dalam 3 sudu spy ikan tak melekat
kadang2 saya balut dgn aluminium foil
tapi tak berapa suka hasilnya
basah macam ikan kukusje....
saya suka kering
 kena bakar begituje



pastikan api kecikje...

ok caranya

1. letak penutup periuk
2. buka api kecil
3.letak minyak 3 sudu
4.letak ikan
minyak akan berbunyi (biar 5 minit/masak)
5. terbalikkan ikan dgn penyepit
6.biar masak dan...
angkat




sambal kicap

bahan-bahan

1. 7 biji cili padi(ikut selera)
2.ulas bawang merah dicincang
3. 1 sudu asam jawa + 1/4 cawan air masak
4.kicap manis 4 sudu makan
5. garam secukup rasa

Caranya gaulkan kesemua

ok siap
pastikan makan panas2
bersama nasi yg masih panas juga

-selamat mencuba-





Catatan Hati Nik Nur Madihah

Semalam ada hari membaca,
Kawan saya Fida dapat hadiah buku motivasi
 sebab dapat menang kategori guru yang banyak membaca masa cuti. 
So...request pada dia bawakan buku yang lebih menjurus pada motivasi.
 Harini dia bawa 3 buah buku.
 Salah satuye bukuni...




Tadi balik ....terus spent  sikit masa untuk baca
pendekje 126 ms saja

Bagus juga isinya, kita boleh ikut cara dia belajar
atau untuk anak2 atau untuk pengetahuan anak murid

Buku ini ditulis oleh Ummu Hani abu Hassan
Cerita tentang  Nik Nur Madihah Nik Mohd kamal pelajar yang dapat 20 A SPM 2008
(19 A1 dan 1 A2)

latarbelakang
Dia bukanlah orang senang
ayah nelayan
mak surirumah
sikap dia yang paling best....
 dia tak nak menyakitkan hati maknya
tak macam anak-anak muridku.....
bukuni elok bebudaktu baca


Banyak doa dia sebelum belajar
1. Baca bismillah...
2.baca Ayat Fatihah
3. Doa penerang hati
4.Doa pembuka Ilmu Pengetahuan
5. Membaca Ayat Kursi
6. Baca Ayat 1000 Dinar

Enamtu...., beza kita cuma baca Bismillah dan Doa penerang hati
Sebabtu keputusan periksapun banyak beza


Daripada bukuni saya dapati....
 beliau juga rajin puasa sunat Isnin dan Khamis
Madihah dah buat dari dia darjah 6 lagi waktu nak UPSR
Rajin solat sunat pada sebelah malam
 contohnya Solat Tahajud, Hajat, Witir
Solat Sunat Dhuhapun dia buat
Solat Fardhu cepatje dia buat..takde la lewat atau .....
terus tak buat
Oh...beza betul dengan anak 2 muridku
Contohilah gaya hidup Madihah supaya berkat ilmu dipelajari

Diapun ingat nama semua guru yang pernah mengajarnya,
 bersikap baik, tidak menyakitkan hati
bertanya khabar gurunya

Dia kalau ada masalah tidak mengadu dengan kawan ataupun nangis
sebaliknya dia mengadu dengan Allah waktu sembahyang malam
Pernah menyalin kamus bersama ibunya untuk jimat duit supaya tak payah beli..
Fikir - fikirla sendiri bezanya dia dengan kita
Ohya!.... ibu dia temankan waktu dia dan adik2nya membaca

Emaknya jarang menyuruh Madihah membaca,
perbuatannya selama ini terbit dari dalam dirinya


Sifat Pelajar Cemerlang

1. Menjaga hubungan dengan Allah
2.Menjaga hubungan degan manusia
3. Mengutamakan pelajaran
4. Meningkatkan kemahiran diri dan
5. Prinsip diri

Bacalah buku ini,
ia dapat menambah ilmu pengetahuan
bagaimana menjadi pelajar cemerlang. 
Boleh jadi rujukan ibubapa, guru ataupun pelajar

-timbul semangat lepas baca bukuni-

Kalau nak berjaya kena berusaha

Monday 18 January 2010

Udang Kangkung

Balik kerja petangni
sibuk pula nak masak untuk makan malam.
Fikir-punya fikir
akhirnya.....
petangni dapat cipta resepi baru
dalam nak cepat masak
otakni ligatje fikir ...
simpelje...resepinya
satu lagi menu saya masak ayam masak merah
ni dah biasa ....
tak payah  nak tulis resepi
tapi yangini  kena tulis
nanti saya pun lupa....
Disini saya nak share dengan semua






oh... saya beri nama udang kangkung,
 bukan apa bebudaktu susah nak makan sayur
namanya  buat depa ingat makan udang ,
sebenarnya sayur pun ada kat dalam tu


Bahan-bahan

1. Satu ikat kangkung ( yang berdaun bulat)
2. 10 ekor udang (ikut suka)
3. 1 biji cili besar dipotong
4. 3 biji bawang kecil tumbuk/blender (2 sudu)
5. 2 ulas bawang putih ditumbuk
6. 1 sudu teh kicap manis
7. garam secukup rasa
8. 1/2 cawan air
9. 2 sudu makan minyak


Cara
1. panaskan minyak
2. masukkan bawang, bila dah wangi masukkan cili
3. masukkan kangkung, gaul rata
4. masukkan udang, kicap dan garam
5. masukkan air,tunggu udang masak
6. tutup api
sedia untuk dimakan,

masa diperlukan 10 minitje...
tips udang tak payah buang kulit

- selamat mencuba-






Sunday 17 January 2010

Place to picnic

Ngantuk lagi.....
paksa juga bangun, manakan tidak pukul 2 pagi baru tidur
lepas solat terusje masak
Pagini buat kuehtiu goreng
sebab nak piknik speciel sikit letakle udang  besar
biar anak-anak seronok nak makan

Aii... dah siap masak diorang tak bangun lagi nampaknya boleh cansel
Panas tempat tu kalau terlambat
sebenarnya tempatnibukanle tempat piknik
memandangkan tempattu ada permainan kanak-kanak
dan tak ramai orang bolele piknik disitu (breakfast actually)
Lepas makan bolela bermain
Takdela asyik makan kat kedai mamakje bila weekend
ini adalah picnik kali 1 tahunni
apale mimpi hubbyku ajak pula piknik


Disini untuk tatapan gambar-gambar piknik pagini
Tak kisah dimana kita bole berpiknik jangan pula kat shopping compleks
Itu namanya window shopping





posing sebab nak masuk kat blog




ada pejam mata nak tido






kuehtio speciel pagini



dah makan main pula
tak habis makan tak bole main(syarat wajib)

 

anak - anak nak posing


 

gaya anak zaman IT posing maut

 

Hannah pun sama nak bergaya



 


nangis dah penat kot...... selsema pulaktu


 

Main buayan pulak

 

 emmm.... baru nak rehat

 

datang pulak bebudakni



 

Hubby pun sama nak main jugak

senang cerita semua seronok
1 1/2 jam saja kami spent masa kat sini
Orang dah bertambah
panas pulaktu
cukupla untuk pagini

Saturday 16 January 2010

Semua dah lelap Masih lagi mengadap belogni
 Bukan apa banyak yang nak dipelajari Lihat blog orang lain bukan main
 Dah macam-macam
Rasa macam ketinggalan zaman nak letak gambar pun tak pandai
Anyway nak cuba letak gambar yang ada dalam laptopku ini
 Gambar raya yang lepas
 saya masih gagal
esok cuba lagi
kena tido
 kang tak bangun pulak esok nak picnic





Saya paling kiri meriba anak bongsuku Hanis
 Gambar keluarga suamiku
 raya 2008

Syoknya pagini dapat masukkan gambar lepasni taule apa nak buat

Tuesday 12 January 2010

Di sana

Hari ini, ada berita yang hendak diberitakan - soal anak dibuang ke longkang oleh manusia yang hidup,membesar dan dididik dalam masyarakat longkang. Hari ini ada perniagaan yang hendak diniagakan - buat anak, jual anak, ibarat buat sardin, jual sardin. Hari ini ada cerita yang hendak diceritakan - soal tidur -siang tidur, petang tidur, malam tidur, kerja tidur, memandupun tidur

antara bait-bait puisi yang saya baca dalam BH 2 Jan.


Di sana

Di sana ku dilahirkan
Di sana ku dibesarkan
Di sana ku mengenal diriku
Di sana ku mengenal dunia

Di sana memori bermula
Di sana penuh memori suka duka
Di sana kini tinggal kesepian, semua telah keluar
Di sana hanya ada kenangan sebuah keluarga yang ku kasihi selamanya

Nukilan 12 jan 2010

Guruku

Guru
Siapalah aku tanpamu
Banyak ilmu telah kau perturunkan padaku
Dada yang dulu kosong kini dipenuhi ilmu
Nombor dan huruf mula menjadi sebutan

Guru
Kini ku mampu membaca dan mengira
Boleh mengaji dan mengenal penciptaNya
Berkat usahamu tanpa lelah dan kecewa
Kini muridmu telah Berjaya

Guru
Kini ku berani menghadapi dunia
Terima kasih yang tak terhingga buatmu
Ini saja yang mampu ku ucapkan
Buat semua yang pernah menjadi guruku

Nukilan 12 Jan 2010


Friday 8 January 2010

Kek Mentega Oren

Bahan-bahan

 250 gm mentega
 220 gm tepung
 kek 1 sudu teh serbuk penaik
 200 gm gula kastor
50g jus oren
4 biji telur gred A
3 sudu parutan kulit oren
1 sudu teh pewarna oren
 1/2 sudu teh perisa oren

 Cara membuat
 Mentega,perisa oren dan gula kastor dipukul hingga kembang
 Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul berselang seli dengan jus oren
 Masukkan kulit oren
 dan tuang adunan dalam bekas bergris
dan bakar selama 1 jam,
 suhu 180 c......

sorry no picture

Tuesday 5 January 2010

Hannah masuk Tadika




Harini  Hannah masuk tadika

amboi bergaya ...

siap pakai tudung sebab.....

masuk tadika Al-fiq (tadika Islam)

anak yang paling bagus ....coz

tak nangis langsung masa hantar

sampai sekolah tinggal terus

 macam dah pernah sekolah

semua cikgu pun dah kenal Hannah....

cuma saya pesan balik nanti ikut kawan satu nursery

diapun dah kenal mak cik yang bawa bas sekolah...

Lupa pula nak pesan kalau nak ke tandas beritahu cikgu

nampaknya kalini saya yang risau lebih-lebih

dulu abangnya dan kakaknya menangis sampai sebulan....








gambar Hannah
alamak...... sepetnya mata

 




Hannah bersama yang lain

pagi nak kesekolah

happyje...

macam nenek tua pulak hannah dlm gambarnya...

Ibu doakan Hannah berjaya dunia akhirat






Sunday 3 January 2010

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts with Thumbnails