Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Wednesday 8 December 2010

Triffle Rambutan dan Nanas

Tengahari ni nak masukkan n3 triffle yg di buat semalam utk kakak yg sudi dtg ke rumah saya... Anak2 buah rupanya gemar makan triffleni... 


Ni second time buat guna cara sendiri selepas buat haritu pudingnya sedikit keras, kat bawah ni gambar triffle tu saya potong sikit nak view jadi atau tidak... 



Kalau tak potong tak nampak 3 lapis sebab macam biasa buat dalam bekas t'ware sebab takde bekas kaca berpenutup.... Tak nampak juga nanas kat dalam buah rambutan, cuma mudah dipotong berbanding guna buah koktail...




Bahan
1 biji kek span hijau
1 tin buah rambutan dan nanas/apeje buah yg kita suka
3 sudu makan tepung kastad dibancuh dgn air
1 tin susu cair
4 sudu besar gula pasir/adjust rasa manis ikut kegemaran


Bahan agar merah
10 g agar2
500ml air
sedikit garam
2 sudu makan gula
sedikit pewarna merah

Cara
1. Potong kek dan susun dalam bekas
2. Siram dgn sirap dari tin buah, ketepikan
3. Masak susu cair yg telah dibancuh bersama tepung kastad dan gula, guna api perlahan.....
4. Setelah pekat/masak siram atas kek dan letak buah rambutan dipotong 2 agar nampak nanas dadu didalamnya, sejukkan

5. Masak agar2 pula hingga hancur dan mendidih, masukkan gula dan garam
6. Warnakan merah dan kacau rata
7. Tuangkan agar ke atas kek tadi...tapis ye dan sejukkan sebelum dihidangkan

5 comments:

  1. salam kak...pe kabo???lama x jenguk cni...sya pun baru buat triffle...tp lum masuk dlm blog..x tau pesal x leh update blog...bleh tulis title jer..tension rasa....:(

    ReplyDelete
  2. salam kak, bestlah triffle 3 lapis ni ;)
    bole cuba buat bile2 ada acara makan2 nnt :)

    ReplyDelete
  3. Salam ..cantiknya rupa triffle tu bila dipotong...Nmpk lapisan2 nya..emmm..yummy..

    ReplyDelete
  4. suka_haha, memang sedap tu yg saya asyik buatje..

    matahatijiwa, akak tak boleh nak tolong ..hehe akak tak pandai sgt...

    mummysery, buat triffle ni mudah dan sedap pula..

    naz...memang yummy...hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails