Ku bersyukur atas kehadiranmu sayang.

Thursday 26 August 2010

Buah Melaka


Salam, setiap hari memasak untuk berbuka..... cuma kadang2 tak sempat nak tangkap gambar...dah kena ngap....hehehe


Hari ni berusaha untuk tangkap gambar.... kuih yg Hisyamuddin  nak...sebab tadi sempat beli tepung pulut.... Buat sikit je...al maklum kalau banyak sudah tentu tak habis...Lagipun jiran balik kg kan....esok dah cuti...






Bahan2


150 g tepung pulut
135 ml air
sedikit garam
1/4 kelapa parut
sehelai daun pandan
20 g gula melaka
air utk di didih
sedikit perisa pandan
sedikit pewarna hijau


Cara memasak


1. Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, masukkan air
2. uli tepung dan tambah perisa dan pewarna, uli hingga sebati
3. ambil sedikit adunan, jadikan bebola kecil dan leperkan.
letak 1/2 sudu teh gula melaka dibahagian tengah dan bulatkan semula.
4. Masukkan dalam air yg dididih dalam periuk. (apabila masak ia akan timbul)
5. Golek dalam kelapa parut dan boleh dihidang.


Menghasilkan 15 biji buah Melaka...


Selamat mencuba

2 comments:

  1. orang Melaka sendiri tak buat2 buah Melaka ni...
    teringin nak buat - tak yah lah...
    gi petik aje le !

    ReplyDelete
  2. salam sonata....anak2 nak tu yg buat...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails