Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Wednesday 4 August 2010

Kuih Bakar Hijau


Salam semua, Malamni saya mencuba resepi kuih bakar... sepatutnya dipanggil kuih bakar pandan. oleh kerana saya tak guna pandan sebab tak de stok so saya tukar kepada kuih bakar hijau.


Kuih ni nak bawa kesekolah pagi esok coz ada buat pot luck sikit sempena nak menyambut Ramadhan. Guru2 lelaki yg bertanyakan nak adakan pot luckni. Jangan peliknya saya duduk satu office dengan ramai guru lelaki, guru wanita cuma ada 5 orangje. selebihnya semua guru wanita ada di bilik guru utama. Hahaha. Jadi kamini lebih rapat dengan yg lelakile hehehe...


So macam biasa mereka akan menjadi mangsa bahan eksperimen saya. Terpaksa makan apa yg akak ni masak...Ada yg kena paksa ambil sorang satu hehehe. Harap2 esok tak begitu...kuihni menjadi rebutan guru2...


Meh tengok gambar...nampak sedap ke dak???


Ini sebahagian yg telah di potong malam2ni, takut esok pagi tak sempat....




Ini yg ready utk di bawa kesekolah ....Rasanya sorang dapat satuje... Selebihnya utk anak2 tak taule depa suka tak. Tadi anak2 cuma dapat tengokje sebab baru masak tak boleh dipotong lagi.


Sepatutnya resepi kuih ni sedap, memandangkan saya pandai2 ubah resepi tu yg khuatir tak menjadi seperti tokeh asal yg buat.


Bahan2


2 cawan tepung
3 biji telur gred a
600 ml santan - saya tukar( air  + santan yg siap perah)
sedikit pewarna hijau dan paste pandan
1 cawan gula- saya buat 1 1/2 cawan 
2 camca mentega - saya tukar dengan margerin
bijan secukupnya
1/2 camca teh garam


Cara semua bahan kecuali bijan saya blend dan tapis
Masukkan dalam loyang yg telah di alas aluminium foil
Bakar dalam oven suhu 190'c, resepi asal 200 'c
selepas masuk oven 10 minit keluarkan dan tabur dengan bijan.
Saya bakar 1 jam


Resepini saya ambil dari dapur Mat Gebu, nak tau resepi asal sila klik sini . 




terima kasih pada Mat kerana daripada Mat dapat saya membuat kuih yg dulu2 tak pernah mimpi nak buat hehehe...


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails