skip to main |
skip to sidebar
Rendang Kelia
Nampak resepi ni dalam satu kitab yg biasa menjadi rujukan saya....Masatu sibuk fikir nak masak ape dengan daging yg ada....
Kalau ikut gambar rendang tu tak banyak kuah...tapi orang rumah saya suka kalau ada kuah...tu yg buat rendang berkuah.... sedap juge bila makan dengan roti....
Kebetulan semua bahan ada kat rumah...cuma saya ganti daun kunyit dengan daun limau purut...
Bahan
300 g daging (batang pinang)
5 biji cili kering*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1/2 biji kelapa
1 cm halia*
1 cm lengkuas*
2 batang serai*
daun kunyit (saya ganti dengan daun limau purut)
garam dan gula
sedikit minyak
Cara
1. Tumbuk semua bahan bertanda *
2. Tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau
3. Masukkan daging dan santan
4. Masak hingga daging empuk dan kuah pekat
5. masukkan daun limau purut
Sedia utk dinikmati
Selamat mencuba
salam Cikgu,
ReplyDeletesalam tautan ukhwah ziarah singgah menyinggah,
kek batik di sebelah benar2 membuatkan saya terteguk............
ohya, dijemput cikgu dan kawan2 datang bertandang ke sawah ladang saya,
salam cikgu zam, insya. saya akan berkunjung...
ReplyDelete