Resepini saya dapat dari Majalah Rasa bulan Julai 2010.Sebenarnya saya tak guna sukatan seperti dalam majalahni, cuma guna semua bahan yang tertera. Dagingpun tak sampai 300g, hasilnya boleh tahan spt masak kicap cuma pedas sebab ada cili...
Cukuplah makan kami berdua, sebab anak2 tak makan... Mereka makan ikan gorengje...
Bahan2- resepi di majalah Rasa
300 g daging dipotong nipis
50 g bawang merah
2 ulas bawang putih
20 g cili kering
2 cm halia
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji cili hijau dibelah dua- saya tak letak
125 ml kicap manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
125 minyak masak
garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1. Bersihkan daging dan toskan airnya
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga berbau harum dan garing
3. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga mendidih.
4. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya
5. Kecilkan api dan biarkan daging lembut
Saya tambah sebiji tomato coz tak dinyatakan tapi dalam gambar ada pulak tomato hehehe....
Selamat mencuba
Salam ramadhan kak hamsini,
ReplyDeleteSempena ramadhan ini, saya mohon maaf atas salah silap saya ya kak..
aduh kak. dah lama tak beli daging ni. kempunan pulak.mmg sedap dimasak kicap
inah akakpun sama nak minta maaf gak.....
ReplyDelete