Ku bersyukur atas kehadiranmu sayang.

Monday 9 August 2010

Lepat Ubi

Haritu ada nampak Ayu S'pore masak lepat ubi, terus teringat aruah mak ye lepat ubi. terus saya beli bahan2nya.... Ingat nak guna resepi Ayu then ternampak dalam resepi turun temurun Rubiah Suparman cara membuat lepat seperti aruah mak ye...


So saya semalam buat 1/2 kg dan dah kukus sebahagian semalam sebab mak mertua dan ayah mertua dah sampai kat umah balik dari umrah. Pagini kukus lagi nak bawak ke tadika Hannah ada potluck sempena Ramadhan.




Kukus cukup2 utk bawa ke tadika kesian yg kat umah kena beli sarapan hehehe....


Resepi 


Bahan2


1/2 kg ubi di parut
200 g gula merah - kurangkan supaya warnanya tak hitam sgt ye
50 g gula putih
250 g kelapa parut yg putihje
sedikit garam
daun pisang


Cara membuat


1. Buang kulit dan basuh bersih dan parut
2. Masukkan kesemua bahan kecuali daun pisangye...
3. gaul rata dan bungkus dalam daun pisang
4. Kukus selama 20 minit
5  sesuai utk makan  pagi dan petang


Selamat mencuba- very easy mesti jadi hahaha dan sedap....



2 comments:

  1. Salam Hamsini,

    Mana dapat ubi cikgu? kene tunggu pasar malam baru boleh beli..lepat ubi buat lembut2 memang sedap atau bingka ubi.hmmm best.

    ReplyDelete
  2. Salam Ham

    Selamat menyambut Ramadhan buat Ham sekeluarga..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails