Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday, 23 August 2010

Kuih Cara Berlauk




Salam semua, Buka posa tadi masak kuih cara berlauk... Kalau ikut resepi tepung 300g, nasib baik masa menimbang tepung teringat utk kurangkan...Kalau tidak ....hehehe sapa nak makan.Sebahagian dah beri pada jiran dan kakak.... Inipun ada lagi kat dapur tu....


Resepi 


150 g tepung
1 1/2 cawan air
4 sudu besar santan kilo
1 sudu besar margerin
sedikit garam dan serbuk kunyit
1 biji telur


Resepi inti


15 g daging kisar 
2 ulas bawang merah dipotong halus
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu teh serbuk kari
1 batang daun sup 7 bawang dihiris halus
1 biji cili merah
sedikit minyak utk menumis
sedikit garam  


Cara memasak inti


1. Tumis bawang
2. Bila telah wangi masukkan daging kisar
3. Masukkan serbuk kari
4. Apabila telah masak masukkan daun sup, bawang dan cili
5. perasakan dengan garam


Cara memasak 


1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga sebati
2. Lihat dulu kepekatan adunan tidak boleh terlalu cair atau pekat
3. Panaskan acuan kuih cara atas dapur dengan api perlahan
4. Letakkan / gris dengan sedikit minyak
5. Apabila sudah panas tuangkan adunan, tutup sekejap(1/2 minit)
6. Buka penutup dan masukkan inti, tutup dlm 4 minit/masak
7. Ulang hingga selesai


Adunan ini menghasilkan 27 keping kuih cara,


Peringatan: lain kali saya perlu letak lebih santan...


Selamat mencuba

6 comments:

  1. dah ada resepi kena laa cuba sbb mmg tak pandai n tak pernah buat kuih cara ni..

    ReplyDelete
  2. hmmm kueh cara berlauk..i loike.....

    ReplyDelete
  3. saya suka betul makan kuih ni..kalau beli kat pasar ramadan tak puas makan..intinya taruh sikit je

    ReplyDelete
  4. Salam Hamsini.
    Masak kuih kegemaran saya, nak sikit...eh ada lagi ke? hee.hee.hee

    ReplyDelete
  5. aeinio, saya tengok kakak buat baru sedar...yg buat kuih ni cukup mudah...

    anak2 kureng suke...tapi ibunya hahaha suke semuanya..

    zarina, buat sendiri kita boleh bubuh inti penuh kuihtu..... buat sikit pun hasilnya banyak...

    Rosidah, ade sikit lagi dalam peti....

    ReplyDelete
  6. lendanuar, biasa tak buat kuihni....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails