Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Saturday 14 August 2010

Bubur Kacang hijau/durian


Salam semua, ketika hari pertama puasa ayah dan mak mertua teringin makan durian. Agaknya dah 20 hari buat umrah tak jumpe kot durian kat sana. Saya pun tak pasti beli berapa biji... yang pastinya tak habis di makan.  Pagi Khamis mereka dah balik semula ke Manjung..


So petang tu walaupun balik lambat saya cadang nak buat bubur kacang hijau perisa durian hehehe... Semangat dengan harapan semua orang akan menjamah bubur ni...terutama yg suggest idea....


Balik rumah dah pukul 5 petang, terus rendam kacang hijau, dalam pukul 6 petang saya rebus kacang hijauni, pukul 7 petang baru masukkan santan. Waktu berbuka baru masak tapi sorangpun tak makan huhuhu....semua dok makan nasi dan tauhu sumbat...




Ini rupa bubur kacangku, ni dah tinggal sikit lepas bagi kat jiran2 dan kakak....


Resepi yg biasa saya buat


bahan2


250 g kacang hijau
1.5 liter air
1 cawan gula kurang manis tambah lagi
santan kilo dalam 300g/ ikut suka
100 g sagu
1/2 cawan gula melaka di hiris/sagat
5 ulas durian


Cara


1. Rebus kacang hijau hingga empuk
2. Buang air rebusan dan ganti 1.5 liter air
3. Masukkan gula dan gula melaka
4. Kacau sehingga gula hancur 
5. Masukkan santan, apabila telah menggelegak/ masak masukkan beberapa ulas durian
6. Masukkan sagu, kacau hingga sagu masak


tutup api, sedia dinikmati... kalau nak lagi sedap masukkan beberapa daun pandan ( saya tak letak sebab lupe nak beli huhu)


Selamat mencuba

1 comment:

  1. kak ham..saya duk cari jugak bubur yang ada sukatan nih..sebab takut kot buat nanti tak manis ke terlebih manis ke..maceeh kak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails