skip to main |
skip to sidebar
Sup Tulang Rusuk
Salam semua, dah lama tak masak tulang lembu, asyik mengadap ikanje...huhuhu demi 'abang' kami semua lupakan makanan yg gatal2, nak makan tulang pun hubby call 'abah' hehehe...
Dah seminggu puasa baru jumpe menu ni hehehe , fav. hubby.....
yang makan banyak bukan hubby tapi anak2.... Dah jadi macam pirana pulak.... Makan dgn nasi bertambah..., lepastu boleh sambung dgn mee hoon pulak......
Bahan2
600 g tulang
4 biji kentang bulat/tak dipotong
1 batang kayu manis
3 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
4 biji buah pelaga
20 biji lada hitam
2 barang serai di titik
daun bawang
daun saderi
bawang goreng
garam secukupnya
air secukupnya.
sedikit gula
4 biji cili api
Cara2
1.Rebus tulang hingga daging hampir lembut, masukkan ubi kentang dan 2 inci halia
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan halia
3. Tumis guna sedikit minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi
4. Masukkan tumisan dalam rebusan tulang(jangan masukkan minyak)
5. Masukkan serai , garam , sedikit gula dan cili api
6. Renehkan hingga daging lembut
7. masukkan daun saderi dan bawang serta bawang goreng
Selamat Mencuba
salam ham...mmg sedap ni..cicah roti pun laju je :)
ReplyDeleteHam, budak2 mmg suka sup kan? Makan ngan mee atau mihun pun okay.
ReplyDeletep/s: Selalu gak nak komen sini tapi tak boleh send komen mcm blog saya. Nape yer?
Salam Ramadan buat Hamsini sekeluarga..