skip to main |
skip to sidebar
Kuih Cara Manis
Waktu berbuka petang tadi Hannah telah termuntah sewaktu tengah menjamah nasi...habis terkeluar buah tembikai dan air sirap yg baru saja menjejak ke dalam perut.... Kesian anak ibu...huhuhu.
Sebenarnya semenjak balik dari nursery dia dah beritahu perutnya sakit dan saya dapati perutnya dah kembung...akhirnya dia tertidur setelah mengadu kepalanya pening....
Bila azanje baru kami kejutkan dia..utk berbuka....Macamanapun selepas muntah dan mandi dia dapat makan semula.....dan perut dah tak kembung...sah le angin dah tolak semua makanan yg masuk dalam perut...
Hari ni saya masak kuih cara manis....cuma inti saya campur dengan gula melaka....
Sebenarnya cadang nak buat buah melaka,.....aaiiii tepung pulut dah habis pulak....nasib baik abang setuju ganti kuih...hehehe...
Harini tak beri kat jiran2 kuihni....takut tak cukup....Rasanya dah habis kuih tu abang dan kakak makan...hahaha tak membazir ..... Alhamdulillah.....
Resepinya...
150 g tepung
1 cawan air pandan
1/2 cawan santan
2 sudu besar margerin
sedikit garam
1 biji telur
sedikit pewarna hijau
Bahan inti
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula melaka parut
Cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga sebati
2. Lihat dulu kepekatan adunan tidak boleh terlalu cair atau pekat
3. Panaskan acuan kuih cara atas dapur dengan api perlahan
4. Letakkan / gris dengan sedikit minyak
5. Apabila sudah panas tuangkan adunan, tutup sekejap(15 saat)
6. Buka penutup dan masukkan inti dlm 1/2 sudu teh, tutup dlm 4 minit/masak
7. Ulang hingga selesai
- Bancuhan ini menghasilkan 25 ketul kuih cara
Selamat mencuba
Salam kak hamsini! akak berbuke apa td?? kita tak penahlah buat lg cara manis ni kalau berlauk pernah buat nanti nk cuba buat jgklah! :D
ReplyDeletesalam kak hamsini.
ReplyDeletekuih cara ni faveret saya gak ni. tapi sayangnya saya takde acuan comel tu. huhu