skip to main |
skip to sidebar
Sardin Puff
Pagi tadi bangun awal dan sempatlah saya masak puffni. Walaubagaimanapun saya ubah sikit resepi gantikan cili api dengan cili besar sebab buat utk anak makan sarapan dan bekal ke sekolah.
Paling best hubby pun makan seketul, sedangkan selalu buat tak tau dengan kuih yg saya masak. hehehe ....
Inilah rupa puff yg saya buat. saya pasti anak2 mesti suka. Bila balik semua kata makan seketul pun dah kenyang.
Utk membuat inti dan mengelim ambik masa 20 minit saja. tapi sapa yg pantas buat kerja ntah2 10 minit dah setel.
Waktu nak buat pagi tadi tak jumpa majalah Rasa... Akhirnya saya buat ikut ape yg teringat, nasib baik cuma terlupa sapu kuning telur...hahaha. Saya sapu margerin atas puffni. Dah tua tak ingat semua heh...
Bahan2
5 keping roti prata/ potong 2
1 tin sardin - saya guna tuna sardin
1 biji bawang besar
2 biji cili padi - saya guna 1/2 biji cili merah
2 biji limau kasturi - saya guna sebiji je
garam secukup rasa
Cara memasak
1. panaskan oven 180 ' c
2. Membuat inti gaulkan kesemua bahan, gaul sebati, boh garam
3. Ambil roti prata dan letak inti ditengah
4. Lipat jadi segi tiga dan tekan dengan garfu
5. Sapu kuning telur - saya sapu dengan planta
6. Bakar 30 minit - saya bakar 20 minitje ikut oven saya
Cukup mudah dibuat, mengeyangkan dan sedap macam yg beli....
Selamat mencuba...
yang ini saya gunakan kari daging yang tak habis tu.saya keringkan kuah kari daging,cincang daging kasar kasar letakkan keatas roti prata.bentukkan tiga segi dan bakar.anda cubalah ye!!.
ReplyDelete