Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Tuesday 17 August 2010

Nasi Kerabu


Hari ni ada mesyuarat sampai pukul 4 lebih...Singgah lagi kat kedai..dan setelah ambil anak dah pukul 5.30... 


Teringat pulak gas dah habis pagi tadi, so hubby kena keluar semula utk beli gas dan bawa sekali Hana dan Hanis...Saya pulak ambil peluangtu utk solat Asar.


Nasib baik malam tadi dah rebus ikan dan juga dah masak sambal. harini sambaltu kena repair sikit...saya tambah dengan santan pekat...hopefully rasanya menjadi lebih sedap...hahaha


Hubby pulak request air amra/kedondong???? So saya blend le airtu campur sikit gula dan letak sedikit asam boy... Kurang manis respon hubby waktu buka ...huhuhu saya kan puasa mana tau sama ade manis @ tawar...macamanapun habis ...itu sebable saya tak dapat tangkap gambar.




Hari ni nasi colour biru...., nasib baik saya buang semula air selepas titis kan colour..kalau tidak mesti tak lalu hubby nak menjamahnya. So warnanya nampak cantik dan selera nak makan...


Hari ni saya nak share nasije...supaya lain kali ingat...cara nak masak. Sambal tak boleh share lagi coz for me tidak begitu sedap.... 


Macamanapun nasi kerabu reguest dari Hisyamuddin, lengkap dengan ikan goreng tepung, telur masin, daging goreng dan sayuran hehehe..macam yg beli kat pasar Ramadhan....


Kena tunjuk kat anak2 cara nak makan, sebab depa tak tau... Cuma Hana saje nak nasi putih..dan akhirnya saya tengok dia makan nasi biru dengan ikan gorengje... sayur dan isi ikan yg telah digoreng tanpa minyak dia tolak tepije...huhuhu.


Haidah pulak begitu berselera...sampai bertambah2. sahur esokpun nak nasi kerabu, but esok nasi putihje...pagi2 tak sampai hati nak makan nasi biru huhuhu...


Cuma satuje yg takde ......budu hik hik hik. 




Bahan2


2 cawan beras
1 helai daun pandan
1 sudu teh garam
3 cawan air 
1 titis pewarna biru


Cara


Basuh beras, masukkan air dan titiskan pewarna biru. Masukkan garam dan masak guna rice cooker...



2 comments:

  1. Salam K. Hamsini..wah sempat lagi buat nasi kerabu...air amra pun ok gak kan..tapi susah nak carik buah tu kat sini..hu hu hu

    ReplyDelete
  2. Nasib baik ada amra kat kedai di andalas....nasi kerabu jarang2 buat....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails